click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, 7 September 2011

:: Kembali Pulang ::

Assalamualikum...

Dah lama aku x jenguk blog ni setelah pulang beraya kat umah kawan... hehe, ni mahu menceritakan pengalaman ketika berada di rumah kawan bertempat di Hulu Dong, Raub Pahang. Nasib baik lah dia and keluarga sudi menerima kitorang (terharu sangat) sebagai tempat ganti keluarga yang nun jauh di sana...

Perasaan kitorang memang Happy Giler-Giler!! (orang gila pn x mcm kitorang) hahaha.. memang best la..
Apa2 pun terima kasih atas segalanya di ucapkan kepada anis dan sekeluarga.. seh! hehe.. Kalo ada time, kitorang nak pergi lagi ke sana.. Nak mandi di Lata Jarum.. Boleh bah kn???

First time pergi rumah dia, memang kita malu sangat.. Sangat100x  malu la.. tapi setelah berada di sana selama 2 minggu, macam dah x nak balik g kolej terus.. heheh layanan di berikan memang terrbaik la... terubat juga rindu pada keluarga...


Kenangan yang dapat di rakamkan bersama2...


walaupun x balik kg. tapi kita tetap Happy!!!
(dalam hati tuhan ja yg tahu)



  Kawan yg ajak kitorang raya kat umah dia.. hehe
Thanks A lot..!!!






Tuesday, 16 August 2011

.: Sekadar Renungan :.



ssalamualaikum...



Hari ini nak menceritakan sebuah cerita yang mengisahkan seorang adik (gurlz) selalu tulis surat khas untuk abang dia (abang kandung tu..) dan adik tu x tahu pun yg abg dia balas surat tersebut.. urmm..

******
Aku ada abg, dan kami lama dah berpisah.. Aku selalu tulis surat dan hantar kat diA yang ada di kampung.. satu surat pun dia x pernah balas..

2 tahun lepas, Aku menikahi tanpa izin abang (wali ku).. Aku dah puas cari tapi x jumpa.. sepanjang hayat hidup ku x tenang selagi x berjumpa dengan abang ku...

Cuti sekolah yang lepas.. aku balik ke kampung bersama suami untuk membersihkan rumah pusaka ibu dan ayah. Semasa membersihkan rumah itu, Aku menemui surat yang aku kirimkan kpda abang ku 2 tahun yang lalu....

"khas buat abangku,

Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ini, Yelah. jarang dtg g sni.. Maasa aku buka almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2, tiba2 terjatuh sebuah kotak besar dan berhambur lah isi2 di dalamnya.

Dan tiba2 aku tepandang satu sampul surat yang cantik, lalu aku membukanya dan terus membaca....


"Assalamualikum..

kehadapan adikku yang jauh d mata,
Maafkan abg krna x mmbalas 1 pun surat yang kau kirimkn,
kerana aku x berdaya...

Aku massih ingat detik kemlngan mak dan ayah kita..
Adikku sayang,
aku tahu kau x meminati warna biru, tapi aku beli itu adalah  supaya engkau akn sentiasa
mengingatiku, walaupn kau dah buang, tp aku ambil balik dn tersimpan rapi dalam kotak ini.

Tahukah kau knpa aku hnya balik mlm saja?? kerana aku bekerja d pekan,
untuk menyara kau, membeli buku sekolh, makan dn minum, dan semua persiapan kau.
kau sanagt terkenal dgn kecantikan kau, rmai yg memuji.
aku x pulang siang hari kerna aku tkut jika kau malu...
krna punyai abang yang kelihatan seperti pengemis...

Adikku sayang,
Aku ada menjamah masakan mu sebelum subuh, sebab aku perlukan tenaga
di siang hari dan makan semasa kau tidur..
Aku x mahu tngan mu menjadi kasar krna mmbasuh pinggan ku dan
menjadikan mata mu bengkak oleh kerana menemani aku makan.


Maafkan aku kerana memukul mu, Tahukah kau mengambil tanpa pengetahuan adalah dosa??
Aku memberikan pengajaran yang kau akn ingat smpai bila2.  Dan tahu kah kau yang aku menyapu  minyak di bibirmu padamu ketika kau sedang tidur. Dan membersihkan sebelum kau bngun dari tidur.

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana memisahkan kau dan aku, Sebenarnya, aku menghantar kau adalah kerana aku
jatuh sakit ketika itu, Aku terjatuh semasa kerja dan doktor mengesahkan aku menghidap barah paru2 
Aku terpaksa dirawat di hospital walaupn doktor menjangkakan aku x akan bertahan lama.

Aku titipkan surat ni d rumah pusaka, ketika ini aku d hospital. Jika 1 hari kau pulang, baca lah surat2
mu dan buka lah hadiah2 mu yang aku belikan setiap tahun.

Adikku sayang,
Mungkin ketika kau membaca surat ini, aku telah pun tiada. Jangan kau bersedih.
Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan....

* Untuk menyapu rumah ketika aku pulang dengan pakaian kotor seta debu, TERIMA KASIH

*Untuk mengelap setiap barang yang aku sentuh supaya bersih dari kuman, TERIMA KASIH
*Untuk membasuh pakaianku yang berbau dengan peluh, TERIMA KASIH

*Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sngka aku x suka, TERIMA KASIH

*Untuk mengingatiku dan menulis surat yg x mampu ku balas, TERIMA KASIH

*Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH

*Untuk segala yang kita tempuhi suka dan duka, TERIMA KASIH

Adikku sayang,
sekiranya kau di sunting, biarkan pakcik kita menjadi walimu.. kerana aku mungkin  sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu, kerana itu yang aku mahukan...

Salam sayang,
Abang.

Dirumah pusaka itu, aku termenung melihat semua hadiah yang di katakan...
Semuanya berwarna pink (warna kegemaran ku).  Tanpa di sedar, air mata jernih mengalir penuh deras...

Dimanakah dapat aku cari insan semulia abgku....

******

Errmm... sedih juga cerita dia ni.. penuh dengan liku2 kehidupan.. feel sekarang terasa begitu rindu dengan abang ku yang berada jauh di mata juga.. apa lah tu kabar dia ea?? harap dia pun sentiasa mengingati adik nya di sini... ehemm.. hehe
Abang memang terrbaik!!!!  






Monday, 15 August 2011

:: TeMan YanG Baik ::

salam..
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."

*******

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

******

Hari ini nak becerita tentang kawan. hehe. errmm serius2.. ehemm.. okey, seperti yang korang semua sedia maklum Allah s.w.t. mencipta makhluk di atas bumi ini iaitu manusia adalah berpasang-pasangan. Manusia tidak akan bersendirian kerana adanya teman seperti suami isteri, adik beradik, dan terutamanya kawan2.

Dan kepada sesiapa yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. (memang pelik la orang begini kan) hahaha.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

   “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”


Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu (kira dapt mempengaruhi la juga). Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan susah pula hilang entah ke mana???


Pendek kata kawan or sahabat ini boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih kawan kita akan merana dan menerima padahnya...

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



Teman yang baik mcm mna pula??
Sekurang-kurangnya cari la kawan seperti ini..

* Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika kamu memerlukn pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Dan jauhkan lah diri daripada Kawan yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Semoga dapat mencari keredhaan-Nya dan menjadi yang terbaik untuk kawan2 yang lain. Sekadar peringatan...!!! untuk diri ini dan kawan2 yang lain..hehe



Sunday, 14 August 2011

:: Kenangan Bersama ::

 Seasons In The sun < westlife>



we had joy we had fun we had a seasons in the sun
but the hills that we climbed were just seasons out of time...

******

If i let you go <westlife>                 

but if i let you go,
 ill never know,
what my life would be,
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know?
If I let you go ...

******

Rindukan kenangan sem 2. Banyak berlaku dalam sem tu. semuanya menggembirakan walaupun kami selalu kena sound2 oleh senior. kmi kena marah tu pun sebab terlampau 'nakal'.. buat bising tengah2 malam, tengok wayang sama2, p makan pun sama2.. huhu

Tengah tengok wayang tu pun ketawa2 sampaikn pintu bilik tu kna ketuk.haha semuanya terus lari ke katil trep2 tdo la kunun.. Asal tengok wyg ja mesti pintu tu kena ketuk oleh org2 dari luar, nmpak marah sangat tu (kesian pintu tu) heheh.



Walaupun nakal2 juga dulu, belajar tetap belajar. Alhamdulilah.. semuanya dapat yang terrrbaik punya!! walaupun x berapa sangat tp.. boleh la~ ada peningkatan jugak..

Sem 3 ni buat yang lagi terrrrrbaik!!! InsyaAllah. Good Luck, chayokk2 kepada kwn2 yang sama bergila tem sem 2 dan kawan2 lain yang turut serta dalam perjuangan ini.

Friday, 12 August 2011

.:Ramadhan ku:.

Teringat pula zaman kecil2 dulu berposa ngan keluarga.. hehe biasa la kalau budak2.. semua nya tersa best jak.. "long!! bangan, sahur.." dengan mata yang masih tertutup rapat, tangan pula mula la tercari2 bantal ngan selimut mahu menuruskan pelayaran ke alam maya.. Dusshh!! abis muka sya kna hempap ngan bantal.. (padan muka) malas2 lagi mahu bngun.. hehe ^_^

Jam 12 tghari.. jeng..jeng..jeng.. perut dah menyanyi lagu2 jiwang.. mula la langkah pertama, tercari2 mak d mna.?? okey2 line clear!!! didie (abg sya) cpt, mak tiada d dapur.. hehe dengan perasaan yang begitu gembira, kami pn macam tikus dah meyelongkar alamari ngan peti ais, puas mencari tetpi.... hampa~ Ke manakah semua mknan menghilang?? terpaksa juga la meneruskn puasa walaupn perut dah mendendangkan lagu rock2 sudh.. terlampau LapaR!!!




Untuk menghilangkan rasa haus dan lapar ini, sya ngan jiran2 sebelah rumah pun menyibukkan diri supaya tak terasa la sangat berpose ini. kitorang selalu main lempar botol dgn selipar.  Tengah syok2 main dengan jiran, semangat dah ni berlari, terlangar pula pasu bunga lalu terjatuh. yang lain dah syok ketawakan sya. tak pe lah kalau jatuh ja tapi ini dah termasuk dalam lopak. habis seluruh badan kotor. balik rumah kna marah lagi oleh mak "pergi mandi!!". uhuh


                                          

6.20 ptg adalah detik yang paling berharga dalam bulan tu... "allauhakbar2" yeeahh!!! buka pose.. akhirnya smpai juga pose 1 hari walaupun ada percubaan untuk melencong dari tidak berpose.. hehe rupanya semua makanan yang kami tercari2 itu sudah mak tapuk (sembunyikan), patut tak jumpa.. buang tenaga ja untuk mencari tapi tak jumpa jugak, sendiri juga tanggung siksanya.. ngan abg sekali la jugak, penat...(padan muka kami berdua) hehe

                                                                                *******


Sekarang dah besar panjang... keluarga pun nun jauh di mata (negeri di bawah bayu) tapi memang sentiasa dekat dalam otak ini memikirkan mereka... susah juga belajar jauh2 nie.. kena tahan jiwa dengan perasaan.
masa2 bulan pose ni dah x de yang nak kejutkan macam dulu lagi. pagi2 dulu selalu dgr suara mak bgi bangun sahur, kalau sekarang nie kena bangun sendri jugak ( nie rasa macam nak nangis nie). berbuka pose pn kena cari sendiri juga, solat tarawikh  dan berbuka di sini bertemankan kawan2 sja.

Apa2 pun, zaman dahulu tak sama dengan zaman sekarang... hanya tinggal dalam kenangan ja. Semoga dapat menghadapi hari2 yang seterusnya dengan penuh sabar n selamat berpose kepada semua yang bergelar umat islam dan untuk keluarga tercinta.