salam..
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
******
Hari ini nak becerita tentang kawan. hehe. errmm serius2.. ehemm.. okey, seperti yang korang semua sedia maklum Allah s.w.t. mencipta makhluk di atas bumi ini iaitu manusia adalah berpasang-pasangan. Manusia tidak akan bersendirian kerana adanya teman seperti suami isteri, adik beradik, dan terutamanya kawan2.
Dan kepada sesiapa yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. (memang pelik la orang begini kan) hahaha.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Pendek kata kawan or sahabat ini boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih kawan kita akan merana dan menerima padahnya...
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Teman yang baik mcm mna pula??
Sekurang-kurangnya cari la kawan seperti ini..
* Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika kamu memerlukn pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Dan jauhkan lah diri daripada Kawan yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.Semoga dapat mencari keredhaan-Nya dan menjadi yang terbaik untuk kawan2 yang lain. Sekadar peringatan...!!! untuk diri ini dan kawan2 yang lain..hehe




















No comments:
Post a Comment